Saturday, September 22, 2018

BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI



ASID SULFURIK


 

KEGUNAAN ASID SULFURIK


  • Pembuatan detergen dan sabun
  • Penghasilan baja
  • Pembuatan gentian sintetik
  • Membuat pigmen putih bagi cat
  • Penghasilan sutera tiruan / gentian tiruan
  • Pembuatan pewarna dan cat
  • Menggelapkan warna pada bahan kulit
  • Pembuatan racun perosak
  • Elektrolit dalam bateri kereta  


 PEMBUATAN ASID SULFURIK SECARA INDUSTRI
  
                                                                                             DIPEROLEH MELALUI BLOG CIKGU HAILMI



 ASID SULFURIK ,  TERHASIL MELALUI PROSES SENTUH YANG MELIBATKAN 4 PERINGKAT :



Peringkat I ( PERTAMA) : Penghasilan sulfur dioksida

Pembakaran serbuk sulfur dalam udara kering (gas oksigen) untuk menghasilkan gas sulfur dioksida. Gas yang terbentuk ditulenkan dan disejukkan .





Peringkat II ( KEDUA ) : Penghasilan sulfur trioksida


Gas sulfur dioksida yang terhasil ditulenkan untuk menyingkirkan arsenik yang meracuni mangkin dalam tindak balas. Kemudian gas sulfur dioksida dipanaskan bersama-sama gas oksigen kering yang berlebihan. Pada suhu 450 °C – 500 °C dan tekanan 1 atmosfera, tindak balas berlaku dengan kehadiran mangkin vanadium (V) oksida, V2O5, untuk menghasilkan sulfur trioksida. 

PERSAMAAN KIMIA :



Peringkat III ( KETIGA ): Pembentukan oleum


Sulfur trioksida yang terhasil dialir melalui asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7. Pencairan oleum dengan air menghasilkan asid sulfurik, H2SO4

PERSAMAAN KIMIA :




 PERINGKAT IV ( KEEMPAT ) : PENCAIRAN OLEUM


Oleum akan dicairkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik pekat dalam kuantiti yang banyak .

 

Platinum dan vanadium (V) oksida bertindak sebagai mangkin dalam Proses Sentuh. Vanadium (V) oksida lebih biasa digunakan daripada platinum walaupun vanadium (V) oksida kurang berkesan. Ini disebabkan vanadium (V) oksida lebih murah dan tidak mengalami keracunan arsenik.







        Sulfur Dioksida Menyebabkan Pencemaran Alam Sekitar




  1) Disebabkan pembakaran api fosil seperti diesel dan petrol yang mengandungi sulfur .
·        Sulfur akan dioksidakan kepada sulfurdioksida, SO2 apabila bahan api itu dibakar . Persamaan kimianya adalah :             
S + O2SO2
·          2) Sulfur dioksida tersebut akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar . Sulfur dioksida boleh menyebabkan batuk , sakit dada , sesak nafas dan penyakit paru-paru jika terhidu gas ini.

·        3) Sulfur dioksida juga melarut di dalam air .  Apabila oksida-oksida sulfur ini larut dalam air hujan akan mengakibatkan hujan asid.

·        4) Hujan asid berlaku apabila nilai pH air hujan berada antara 2.4 dengan 5.0 . Sulfur dioksida akan bertindak balas dengan air hujan .
                                 
                                             2SO2 + O2 +  2H2O  2H2SO4

PUNCA HUJAN ASID








KESAN HUJAN ASID KEPADA ALAM SEKITAR

· 

Kesihatan

  • Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit asma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema.
  • Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara.
  • Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak.
  • Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)
Terhadap tanah dan tumbuhan

  • Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg. 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini.
  • Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah.
  • Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya.
  • Memusnahkan fungsi daun.
  • Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.
Ekosistem akuatik

  • Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.
  • Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini.
  • Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh hidupan akuatik seperti ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada ikan akan mati juga eg. burung laut); berlaku di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik di situ.
Bangunan dan peralatan bangunan

  • Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemndapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi.
  • Meluntur dan merosakkan cat kereta.
  • Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.



.














No comments:

Post a Comment